Wednesday 20 January 2021

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER



 

Muhamad Sahlan bin Butai

196032

 

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BBN3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer. Jadi saya akan kongsikan sedikit pengalaman saya sepanjang 13 minggu bersama Prof Dr, Normaliza dan juga rakan seperjuangan yang lain.

Pada minggu pertama kuliah, sebenarnya saya masih ragu untuk mengambil subjek ini, bahkan, saya berkira-kira untuk ‘drop’ subjek ini. Perkara ni kerana saya memang sudah ada pengalaman bersama Prof Dr Normaliza atau dikenali sebagai Prof N ketika subjek Multimedia dalam Bahasa yang mana kerja yang diberikan sangat banyak dan “due date” pula jangan cakaplah. Hari ini bagi kerja, hari ni mesti siap. Sudahlah pasangan pertama saya iaitu Emmywatie, dia drop subjek ni seawal minggu pertama kerana tidak sanggup menahan tekanan kerja dan masa yang diberikan oleh Prof N. Saya pun mula buntu. Tetapi setelah berbincang dengan rakan-rakan karib daripada BLM seperti Nuur, Rizal, Ikmal, Nazrul, Izzaty dan yang lain, saya mengambil keputusan yntuk kekal mengambil subjek ini kerana jaminan A yang akan diberikan oleh Prof N.

Sepanjang minggu 1-7, memang Prof tidak bagi muka. Setiap rincian tugasan yang diberikan WAJIB dituruti sepenuhnya. Contohnya, saiz, jenis dan warna fon, nama fail, subjek emel dan lain-lain lagi. Prof akan tengok yang itu dahulu. Jawapan tu betul atau tidak belakang cerita. Tetapi saya yakin Prof cek sepintas lalu ja pun (HAHAHAHA Sorry Prof). Jadi setiap kali hari Isnin, mental dan fizikal kena bersedia sebab Prof bukan sahaja akan membebel, tetapi, satu hari tu la akan duduk depan laptop hadap kerja dia yang akan dihantar sama ada jam 3 atau 4 petang. Paling baik, Prof akan bagi jam 6 petang.

Cuti midsem pun tiba. Satu minggu berehat daripada kerja-kerja Prof yang memenatkan. Minggu 8-13 pun bermula. Tetapi, ketika ini Prof sudah kelihatan lembut dan baik hati. Tugasan? Masih banyak. Bahkan kena muat naik di blog masing-masing dan saya guna blog semester lepas ja. Due date? Yang ni Prof mula beri kelonggaran. Hari Jumaat atau Sabtu selalunya tarikh akhir diberikan. Jadi, bolehlah tenang sikit. Tidak perlu tergesa-gesa. Cuma dalam diri ni perasaan lain timbul. Selagi tidak buat, selagi tu la hati tidak tenang. Akhirnya, semua kerja berjaya disiapkan. Minggu 12 dan 13 tu pula minggu pembentangan. Individu dan kumpulan. Alhamdulillah, turut berjalan dengan baik tanpa gangguan internet.

Sedar atau tidak, kelas yang awalnya saya ingin ‘drop’ di awal semester, berjaya saya lalui sehingga minggu terakhir dan inilah antara kelas yang akan saya rindui. Saya mulai sedar bahawa Prof sebenarnya cuba mendidik kami untuk “Redha”. Walau apapun tugasan yang diberikan, “Redha” dan buatlah tanpa berputus-asa. Prof juga cuba menjadikan kami pelajar yang berdisiplin dalam membuat sesuatu tugasan yang diberikan. Prof tidak ingin kami menjadi orang yang suka melengah-lengahkan masa, dan sekiranya sudah siap, pastikan terus hantar. Tidak perlu tunggu di saat-saat akhir.

Kesimpulannya, kalau ada lagi subjek yang diajar Prof, tentu saya akan mengambilnya lagi. Mungkin ini juga adalah catatan terakhir saya dalam blog ini kerana saya jarang membuka blog. Saya berharap Prof dan rakan-rakan lain kekal sihat di musim pandemik Covid-19 ini. Selamat maju jaya. Terima kasih semua.

Berikut merupakan link bagi semua tugasan BBN3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer yang telah saya siapkan sepanjang 13 minggu yang lalu.

BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL


BBN3402SATU2020:MINGGU2 EXCEL 

BBN3402SATU2020:MINGGU2 CERITA SOSIAL

 

BBN3402SATU2020:MINGGU3 EXCEL 

BBN3402SATU2020:MINGGU3 PUISI

 

BBN3402SATU2020:MINGGU4 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1

 

BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL  

BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL EDITED 

 BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN


BBN3402SATU2020:MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS

 

BBN3402SATU2020:MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020:MINGGU7 EXCEL


BBN3402SATU2020:MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020:MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS

 

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020:MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020:MINGGU9 WACANA  

 

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020:MINGGU10RESIPI(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

 

BBN3402SATU2020:MINGGU11 QUOTATION(4) 

BBN3402SATU2020:MINGGU11 HURAIAN TESIS 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)



 

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...