Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Asas Grafik (Gambar)

Tugasan pertama yang diberikan dalam kuliah adalah menghasilkan sebuah buku ringkas tentang elemen asas grafik dalam multimedia. Setiap kumpulan perlu menghasilkan tugasan yang sama dan perlu dihantar pada waktu yang telah ditetapkan. Gambar-gambar di bawah merupakan penerangan tentang proses-proses menghasilkan buku tersebut yang dilakukan oleh kumpulan satu.


Proses memotong huruf-huruf yang dikehendaki daripada beberapa buah majalah untuk membentuk setiap nama ahli kumpulan

Salah seorang ahli kumpulan satu sedang memotong gambar yang telah dipilih dengan cermat untuk dilekatkan di atas mounting board

Proses menampal bahan yang telah siap digunting

Antara wajah-wajah ceria ahli kumpulan satu yang berswafoto setelah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan

Hasil tugasan yang telah berjaya disiapkan oleh ahli kumpulan satu

Ulasan Elemen Asas Grafik

1. Mudah

                                      

Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut sebagai elemen mudah kerana gambarnya mudah difahami oleh masyarakat keseluruhannya. Gambar tersebut dapat difahami tanpa perlu berasa ragu-ragu kerana apa yang ingin ditonjolkan ialah beberapa kuntum bunga yang bernama Ruellia Tweediana.

2. Warna

                                                   

Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut sebagai elemen warna kerana gambar tersebut hanya menonjolkan tiga jenis warna sahaja iaitu jingga, kuning dan coklat. Walaupun terdapat beberapa warna lain seperti ungu, biru dan merah, namun warna tersebut tidaklah dominan seperti tiga warna yang telah dinyatakan.

3. Teks


Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut sebagai elemen teks kerana tulisan yang ditonjolkan dalam gambar itu menggunakan jenis dan saiz font yang berbeza. Selain itu, kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Penggunaan warna putih dan jingga untuk font juga penting untuk memberi impak terhadap mesej yang hendak disampaikan.

4. Kesesuaian


Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut sebagai elemen kesesuaian kerana gambar seorang wanita yang membersihkan ikan itu sangat bersesuaian dengan latarnya. Latar yang dimaksudkan di sini ialah latar tempat kerana wanita tersebut membersihkan ikan di sebuah pasar.

5. Keseimbangan


Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut sebagai elemen keseimbangan kerana ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah dilihat sama berat. Walaupun grafik seorang wanita telah memenuhi ruang di sebelah kiri, namun gambar tersebut berjaya diseimbangkan dengan adanya teks di bahagian sebelah kanan gambar.






No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...