Thursday 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Bahagian A

Muhamad Sahlan Bin Butai (196032)
_____________________________________________________
STRATEGI KESOPANAN
_____________________________________________________
Bald on-record                                    Kesopanan Positif
Contoh:                                               Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
Bersedia!                                             tolong?
Dengar sini…                                      Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Berikan saya bakul besar itu.              Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak
Lampu itu berwarna hijau.                  keberatan.
Jemput masuk.
Jemput makan.
_____________________________________________________
Kesopanan Negatif                                Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak    Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
itu, mungkin!                                         Mahal betul harga kasut di sini.
Tolong berikan saya pinggan putih       Cantik baju kamu
itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-
rata tidak dibenarkan.
_____________________________________________________
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)

Bahagian B


Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Bapa Alim telah membeli buah-buahan dari pasar tani kerana dia tahu anak-anaknya sangat menyukainya terutama buah-buahan tempatan. Antara buah-buahan yang dibeli ialah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Ayah telah meminta Imran untuk memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain. Ketika hendak menikmati buah-buahan tersebut, Alim meminta kebenaran ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman. Ibu Alim gembira mendegar permintaan Alim kerana anaknya itu ingat akan pesanannya. Ibu Alim terus mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah. Dia meminta Alim memberikan plastik yang berisi buah rambutan dan manggis itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Setelah Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman, Alim pun terus berlari pulang ke rumah. Alim menolong kakak, abang, ibu dan bapanya mengemas rumah. Alim yang berada di luar rumah untuk membuang kulit buah-buahan telah terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah berterima kasih atas pemberian Alim kepada Sulaiman sebentar tadi. Alim sempat memberitahu Mak Cik Timah bahawa berkongsi itu satu perbuatan yang baik. Mak Cik Timah terharu mendengar kata-kata Alim. Tidak lama kemudian, Alim pun melambai ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah terus mememerhatikan Alim yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...