Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Muhamad Sahlan Bin Butai (196032)


Gambar di atas menunjukkan jawapan tentang manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Penulis telah menyenaraikan lima manfaat tersebut secara ringkas dengan berpandukan buku Eh!!! Media Sosial. Antaranya, meningkatkan motivasi belajar dan merupakan kunci untuk melakukan tugasan media sosial. Hal yang demikian kerana pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih menyeronokkan dan mengikut perkembangan semasa. Seterusnya, menjadi forum untuk pembelajaran. Pelajar boleh mempelajari sesuatu ilmu baharu melalui media sosial kerana pembelajaran seperti ini agak jarang dilakukan oleh pengajar. Selain itu, memudahkan proses pembelajaran akademik pelajar. Pelajar akan dapat menjimatkan masa mereka dengan mencari maklumat tambahan melalui media sosial sahaja. Di samping itu, menjadi platform untuk mengakses, mengumpul dan berkongsi maklumat. Pelajar akan lebih mudah untuk mengumpul dan memahami sesuatu topik melalui perkongsian yang dilakukan oleh individu lain di media sosial serta berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Akhir sekali, membantu pengajar melaraskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengajar boleh meminta setiap pelajarnya untuk melayari sesuatu laman web dan membacanya. Dengan ini, maklumat yang ingin disampaikan menjadi lebih selaras dan sama untuk semua pelajar. Kesimpulannya, setiap orang perlu tahu akan kelebihan atau manfaat media sosial agar mereka tidak menggunakannya untuk perkara yang salah dan tidak berfaedah.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...