Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020: Keluarga


Nama saya Muhamad Sahlan Bin Butai. Saya dilahirkan di Hospital Kota Belud, Sabah. Saya merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Saya mempunyai tiga orang kakak. Bapa saya bernama Butai Bin Aling. Bapa saya seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya. Ibu saya pula bernama Diati Binti Jamris. Ibu saya dilihat menggunakan pendekatan yang lebih lembut dalam mendidik anak-anaknya, namun sentiasa memberi nasihat yang berguna kepada kami berempat adik-beradik. Dengan rezeki yang Allah berikan, di samping didikan daripada kedua orang tua kami, akhirnya kami semua telah berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi. Kakak sulung saya bernama Norhanisah Binti Butai dan kini bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah di tempat ibu saya pernah mengajar. Kakak kedua saya pula bernama Siti Nazirah Binti Butai dan sekarang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah. Seterusnya, kakak ketiga saya iaitu Erna Farizan Binti Butai yang merupakan pelajar tahun akhir di UNITAR dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya berharap keluarga kecil ini sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya.



Gambar di atas menunjukkan penulis sekeluarga mengambil gambar bersama-sama



Gambar di atas menunjukkan gambar ibu dan bapa penulis

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...