Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita ini mengisahkan seorang budak yang bernama Alim. Alim dan keluarganya akan pulang ke kampung nenek dan datuk yang berada di Kajang. Alim sangat ghairah hendak pulang kerana ingin bermain dengan ayam dan itik di kampung. Setelah setengah jam perjalanan, mereka pun sampai. Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik. Manakala, ibu dan bapanya sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta. Abang Imran dan Kak Madinah juga turut mengangkat beg masing-masing. Aisyah turut sibuk mencari permainan yang tertinggal di dalam kereta. Tidak lama kemudian, nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. Rupa-rupanya Alim sedih kerana ketiadaan ayam dan itik di dalam reban. Walau bagaimanapun, Alim kembali tersenyum setelah melihat ayam dan itik yang berada di reban baharu. Tiba-tiba, Alim kembali menangis. Alim menyangka rumah datuk sudah tiada. Nenek memujuk Alim sambil menceritakan tentang perabot rumah kepada Alim. Akhirnya, Alim berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang, kakak dan adiknya, Aisyah. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini. Namun, mereka cuba untuk menolong Alim. Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama adik-beradiknya yang lain. Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen. Perbezaan suasana kampung daripada kebiasaan membuatkan Alim sekeluarga lebih erat.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...