Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara menulis blog dengan baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan 

Menulis blog dengan baik bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan tahap pengetahuan yang tinggi bagi memastikan para pembaca tertarik untuk membaca tulisan yang ditulis di dalam blog. Terdapat 10 cara menulis blog dengan baik dan berkesan. Antaranya pemilihan tajuk yang menarik. Seorang pembaca sudah tentu akan membuat penilaian pertama tentang sesebuah cerita di blog melalui tajuk yang ditulis oleh penulis. Jika tajuk tersebut menarik, maka pembaca akan lebih tertarik untuk membaca tulisan tersebut. Selain itu, cerita yang ditulis juga perlu menarik agar pembaca berasa lebih tertarik untuk membaca sehingga ke penghujung cerita, di samping menyelitkan unsur humor untuk menjadikan sesebuah cerita itu lebih ceria dan tidak terlalu serius untuk dibaca. Seterusnya, hujah yang dikemukakan juga perlulah berfakta dan tepat agar penulisan yang dibuat tidak dilihat sebagai penulisan yang bersifat emosi semata-mata. Di samping itu, penulisan yang baik juga perlu berkaitan dengan isu-isu semasa. Hal yang demikian kerana isu-isu semasa merupakan isu yang segar dan menjadi tumpuan orang ramai. Perkara ini akan menjadikan penulisan lebih relevan dan boleh dijadikan sebagai satu rujukan. Perkataan dan struktur ayat juga perlu lebih ringkas agar mudah difahami oleh setiap pembaca tidak kira remaja mahupun dewasa. Blog yang baik juga perlu mewujudkan komunikasi dua hala antara penulis dan pembaca agar penulisan tersebut lebih berkesan. Dalam penulisan blog juga, moral dan nilai estetika perlu dimasukkan agar blog tersebut mempunyai nilai tambah dan lebih kreatif berbanding blog-blog yang lain. Akhir sekali, seseorang itu perlulah mempunyai ilmu yang luas sekiranya hendak menulis sesuatu yang berkaitan dengan pendidikan agar penulisan yang dilakukan itu mempunyai kredibiliti dan juga boleh dipercayai.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
Noraien & Normaliza (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...