Assalammu'alaikum dan salam sejahtera. Nama saya Muhamad Sahlan Bin Butai. Saya berasal dari Kota Belud, Sabah. Sekarang ini saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan pelajar tahun 2 semester 4 bagi program Bacelor Sastera, Bahasa dan Linguistik Melayu. Berjauhan dengan keluarga bukanlah satu perkara yang mudah, namun sokongan dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya telah menjadikan saya seseorang yang lebih tabah. Berbekalkan keazaman yang tinggi untuk membanggakan kedua ibu bapa saya juga menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Sejujurnya, saya mengambil program ini kerana minat yang mendalam terhadap bidang bahasa terutamanya Bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan sahaja Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara yang patut dipelajari oleh setiap warganegara Malaysia, namun ia merupakan lambang jati diri sesebuah negara bangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Muhamad Sahlan bin Butai 196032 Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...
-
Muhamad Sahlan bin Butai 196032 Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...
-
Bahagian A Muhamad Sahlan Bin Butai (196032) _____________________________________________________ STRATEGI KESOPANAN ______________...
-
Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk Cerita ini mengisahkan seorang budak yang bernama Alim. Alim dan keluarganya akan pulang ke kam...

No comments:
Post a Comment