Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Kumpulan kami telah berjaya menjawab empat soalan blanket test yang dijalankan semasa kuliah pada hari ini. Oleh itu, kami telah memperoleh 4 markah secara keseluruhannya. Blanket test yang dijalankan adalah tentang topik Asas Grafik yang terkandung di dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Berikut adalah keempat-empat soalan beserta jawapan yang kami berikan.

1) Berapakah bilangan muka surat yang terdapat di halaman yang berkaitan asas grafik dalam multimedia?

Jawapan: 11 muka surat.

2) Apakah kepentingan Rule of Thirds?

Jawapan: Bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.

3) Berdasarkan gambar yang diberi, apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya? Terangkan.

Jawapan: Elemen berkenaan adalah elemen mudah. Hal ini demikian kerana berpandukan gambar tersebut sahaja, seseorang dapat mengetahui ianya adalah sebuah pulau yang mana terdapat gunung-ganang di sekitarnya, di samping lautan yang terbentang luas.

4. Berdasarkan gambar yang diberi, apakah elemen asas grafik yang boleh dilihat? Terangkan.

Jawapan: Elemen tersebut ialah elemen mudah. Hal ini demikian kerana seseorang yang melihatnya akan sedia maklum bahawa ia merupakan suasana di pantai, di mana terdapat jeti serta timbunan batu-batu besar yang terbentuk menjadi sebuah muara. Terdapat juga lautan yang terbentang luas berwarna biru kehijau-hijauan yang menonjolkan lagi suasana pantai tersebut.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...