Tuesday 5 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 Muhamad Sahlan bin Butai

196032

Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

- Penulis perlu menggunakan ayat dan kreativiti sendiri tanpa merujuk mana-mana artikel atau buku.

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

- Penulis perlu menggunakan turnitin untuk memeriksa tesis sebelum menghantar kepada penyelia. Turnitin merupakan sebuah aplikasi yang boleh memeriksa peratusan ayat atau sumber kajian yang digunakan dan meneliti sejauh mana plagiarism dalam sesuatu kajian tersebut.

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

- Perbanyakkan rujukan primer berbanding sekunder. Hal yang demikian dikatakan kerana, rujukan primer mempunyai maklumat yang asli dan lebih dipercayai.

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Penulis perlu banyak membaca artikel sebelum menjalankan kajian. Artikel yang dibaca pula ialah kajian lepas tentang kajian yang akan dilaksanakan. Ia bertujuan untuk membantu penulis lebih memahami tentang kajian yang bakal dilakukan.

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan

- Penulis perlu melibatkan diri dalam pelbagai seminar atau forum tentang teknik atau pun yang berkaitan dengan kajiannya. 

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang

- Penulis perlu saling berhubung dengan penyelia masing-masing untuk mendapatkan maklumat atau kesahihan tentang kajian. Penulis tidak digalakkan berbincang bersama rakan yang lain kerana mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikaji.

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 -12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

- Setiap penulisan yang dibuat mempunyai bilangan muka surat yang tertentu dan bergantung kepada tahap pengajian dan yang dilakukan. Contohnya,

bab 1 ( 10-12 ms)

bab 2 ( 30@50)

bab 3 ( 10-12 ms)

bab 4 ( 40 ms )

bab 5 ( 8-12 )

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

- Halaman muka surat bagi kajian adalah berbeza-beza mengikut tingkat pengajian yang diambil. 

Peringkat bacelor: 80 halaman

Peringkat master: 81-150 halaman

Peringkat Phd: 151- 240 halaman

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

- Sebelum menjalankan sesebuah kajian, penulis perlu menyediakan jadual dan tempoh masa tertentu dalam menyiapkan tugasan disertasi mereka. Mereka perlu bijak dalam menguruskan jadual agar kajian yang dilakukan dapat disiapkan mengikut perancangan dan masa yang ditetapkan

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...