Tuesday 29 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

Muhamad Sahlan bin Butai

196032

1.    Teks asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan bertjuang lagi agar saya kembali tenang.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

            Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.

 

2.    Teks asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Ingatan terakhir yang saya ada dengan anda akan kekal sebagai saat bahagia yang saya hargai selama-lamanya.

Bukti: Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen.

 

3.    Teks asal: To live in poverty will make me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa hidup lebih berharga daripada yang lain.

Bukti: Cerita Sosial 5: Jiran

            “Sulaiman, ini buku cerita tentang rumah papan,” sebut Alim sambil menghulurkan buku melalui pagar rumah.

            “Kamu beri saya buku ini, Alim?” kata Sulaiman sambil membelek-belek buku tersebut.

“Ya,” jawab Alim. “Terima kasih, Alim” kata Sulaiman sambil tersenyum. Alim pun beredar masuk ke dalam rumah.

 

4.    Teks asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa akan sukar sepanjang masa.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

            Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.

 

5.    Teks asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.

Bukti: Cerita Sosial 4: Hati

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari.

 

6.    Teks asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Sekiranya saya dapat menceritakan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

            “Saya saying keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.

 

7.    Teks asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada anda.

Bukti: Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

            Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.

 

8.    Teks asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya mahu seseorang memberitahu saya bahawa ia akan baik-baik sahaja.

Bukti: Cerita Sosial 5: Jiran

            “Kenapa dengan abang, ibu?” ujar adik perempuan alim sambil menangis.

“Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim. Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis.

 

9.    Teks asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

            “Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.

 Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). 200 Quotes For You... For Us....Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

 


 

 

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...