Friday 6 March 2020

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM




Menurut kajian Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) penggunaan Instagram telah memberi banyak manfaat kepada para penggunanya. Antaranya ialah pengguna dapat belajar merakam video, berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Di Instagram, dengan menonton cerita pendek yang dikongsikan oleh pengguna lain, pengguna dapat mempelajari sesuatu daripadanya. Bukan sahaja bagi golongan muda, para pengajar juga boleh menggunakan Instagram sebagai plaform dalam penciptaan sukatan pelajaran baharu dalam penghasilan video yang membawa aura positif kepada orang lain. Selain itu, penggunaan Instagram dengan cara yang betul dapat dipupuk dalam kalangan pengguna kerana mereka aka menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai dalam video atau gambar yang mereka kongsikan. Kesimpulannya, kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar dan pengajar ini diharapkan dapat dilanjutkan dalam kalangan pelajar universiti.

RUJUKAN

Bell, M. A. (2013). Picture This! Using Instagram with Students. Internet@Schools, 20(4):23-25

Normaliza Abd Rahim. (2014). Learning through Blog Writing. Embracing the Technology. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...