Friday 6 March 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Rumusan Kajian Tentang Penulisan Blog





Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan terdiri daripada tiga bahagian yang berkaitan dengan objektif kajian.  Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) telah memilih blog sebagai medium terbaik untuk menulis puisi manakala 86.7% (26 responden lelaki) dan 96.7% (responden wanita)menyatakan bahawa mereka lebih gemar untuk menulis cerpen pendek di dalam blog.  Walaubagaimanapun, keputusan bagi kedua-dua resonden adalah tinggi (lebih 80%). Bagi menulis skrip, 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita) menyatakan bahawa menulis skrip menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Akhir sekali, bagi pantun pula ialah banyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (26 responden wanita) telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditulis di dalam blog.

Berdasarkan graf 6.2 pula, keputusan graf menunjukkan pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran Bahasa melalui penulisan blog. Sebanyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 orang responden wanita) telah menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog manakala (3.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakana bahawa menulis teka-teki di dalam blog merupakan kaedah yang disukai mereka.

Akhir sekali, graf 6.3 pula, responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan di dalam blog untuk mereka belajar sesuatu tentang teknologi dalam bahasa. 100% responden lelaki dan wanita (60 orang responden) menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk kedua-dua jantina adalah sama. 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog. Bagi gambar pula, 93% (28 orang responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa mereka suka menghantar gambar ke dalam blog.

RUJUKAN

Noraien & Normaliza. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...