Friday 28 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA


[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Setiap hari, saya akan menolong ibu dan bapa saya. Saya akan melakukan kerja-kerja rumah kerana saya sedar bahawa sudah tiba masanya untuk mereka berehat dan giliran saya untuk membalas budi mereka. Ada masanya saya akan menyiram pokok bunga, membersihkan halaman rumah, membasuh pakaian dan lain-lain lagi. Apabila saya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, saya agak berat hati untuk meninggalkan kedua ibu bapa saya yang berada jauh di Sabah. Hal yang demikian kerana inilah kali pertama kami berjauhan untuk suatu tempoh yang lama. Dipisahkan oleh Laut Cina Selatan yang luas dan terpaksa menaiki kapal terbang sepanjang tempoh dua jam setengah menambah lagi kerinduan hati ini. Walau bagaimanapun, mereka tetap menyokong dan mendokong saya untuk pergi ke tempat yang jauh demi menuntut ilmu dan juga masa hadapan saya. Mereka juga berpesan agar saya menjaga budi pekerti dan berbuat baik terhadap semua orang. Pesanan itu akan sentiasa tersemat rapi di dalam jiwa ini. Saya sayang akan keluarga saya. Walaupun, adakalanya kami adik-beradik bergaduh, tetapi kami tetap berbaik semula. Bak kata pepatah Melayu, ibarat air yang dicincang, tidak akan putus. Saya sangat menyayangi keluarga kecil ini kerana mereka sentiasa berada disisi saya ketika waktu suka dan duka. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga keluarga ini.




No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...