Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Empat soalan yang telah berjaya dijawab oleh kumpulan satu pada 24/02/2020:

1) Berikan elemen asas grafik dan terangkan.

Jawapan: Antaranya ialah teks. Dalam teks, aspek penting yang perlu diambil kira adalah jenis dan saiz font yang dipilih. Kandungan dalam teks juga penting bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Warna yang terdapat dalam font juga perlu diambil kira.

2) Berdasarkan gambar, apakah asas fotografi yang sesuai? (Seorang lelaki tua dengan latar belakang dikaburkan)

Jawapan: Potrait. Ia kerana lelaki tua itu mempamerkan wajah yang menggambarkan emosinya pada ketika itu.

3) Berdasarkan gambar, apakah asas fotografi yang sesuai? (Seorang bayi yang sedang berbaring)

Jawapan: Potrait. Ia kerana gambar tersebut kelihatan seperti diambil dalam studio yang tertutup dan menggunakan lampu sebagai pencahayaan.

4) Berdasarkan gambar, apakah asas fotografi yang sesuai? (Seorang wanita dengan riak wajah yang muram)

Jawapan: Close-up. Ia kerana gambar tersebut dilihat memfokuskan muka wanita berkenaan secara jelas.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...