Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

_________________________________________________________________________________
Taksomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
_________________________________________________________________________________
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
_________________________________________________________________________________
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
_________________________________________________________________________________
Achivement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
_________________________________________________________________________________
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan Bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling
_________________________________________________________________________________
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
_________________________________________________________________________________
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)
________________________________________________________________________________

Rajah7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. Strategi pengelakan atau pengurangan terbahagi kepada dua iaitu pengabaian atau peninggalan teks dan pengelakan topik. Manakala bagi pencapaian atau strategi pampasan pula terbahagi kepada sembilan iaitu parafrasa 3. Parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod dan meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan. Bagi penangguhan atau strategi tambahan waktu pula hanya ada satu iaitu penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda


RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi  Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT


No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...