Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK


Asas Grafik dalam Multimedia



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.

1. Mudah
Mudah bermaksud sesuatu gambar yang senang untuk ditafsir tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan apabila dilihat oleh seseorang itu. Selain itu, mesej yang hendak disampaikan juga jelas dan mudah difahami.

2. Warna
Grafik yang wajar seharusnya mengandungi tiga warna sahaja. Namun, terdapat juga grafik yang mempunyai lebih daripada tiga atau menggunakan satu warna sahaja. Ini menunjukkan bahawa penggunaan jumlah warna ini bergantung mengikut mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak.

3. Teks
Dalam menulis sesuatu teks, jenis dan saiz font yang digunakan perlu dipertimbangkan. Penggunaan teks dalam grafik adalah untuk memberi kefahaman dan menyampaikan mesej dengan lebih terperinci. Manakala, warna font yang digunakan juga mestilah timbul dan jelas agar mudah untuk dibaca.

4. Kesesuaian
Grafik mestilah disesuaikan dengan latar masa, latar tempat dan latar watak yang terdapat di dalamnya. Setiap latar mestilah mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain agar dilihat logik dan bersesuaian antara satu sama lain.

5. Keseimbangan
Dalam suatu grafik, ruang kiri, kanan, atas, dan bawah perlu diambil kira untuk menghasilkan grafik yang menarik. Ruang yang digunakan dalam suatu grafik perlu seimbang dan tidak berat hanya pada satu bahagian sahaja. Jika tidak, bahagian grafik yang tidak seimbang akan kelihatan kosong dan tidak menarik.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...