Wednesday 6 May 2020

ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Rangkaian sosial digunakan untuk berinteraksi secara profesional antara individu dan individu yang lain. Disebabkan kepopularan rangkaian sosial seperti aplikasi media sosial, maka ia telah mendorong pelbagai penyelidikan untuk menganalisis hubungan aktiviti yang dilakukan  di media sosial dengan tingkah laku penggunanya. Aktiviti yang dilakukan di dalam media sosial menunjukkan tingkah laku pengguna atau cerminan keperibadian seseorang pengguna itu. Penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian membantu dalam menunjukkan keperibadian diri dan juga membantu dalam memberikan motivasi kepada pelajar dalam meningkatkan minat mereka terhadapt teknolgi baharu. Selain itu, membantu pengguna untuk menyatakan perasaan mereka di laman sosial dengan  menggunakan kata-kata yang terhad melalui penggunaan Twitter. Twitter juga dapat menyampaikan mesej dengan lebih cepat kepada pengguna lain. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna berpuas hati membaca tweet dan retweet yang ada di aplikasi Twitter. Selain itu juga, penggunaan facebook membantu pengguna menghubungi pengguna lain walaupun berada diluar negara. Terdapat dua isu rangkaian sosial dalam kalangan pengguna iaitu penggunaan bahasa dan struktur ayat. Berikut merupakan peratus yang menunjukkan kesalahan yang biasa dilakukan oleh pengguna media sosial:

 Gambar: Isu Rangkaian Sosial (Penggunaan Bahasa)

Gambar: Isu Rangkaian Sosial (Struktur Ayat)

RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...