Wednesday 6 May 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya



Dalam Cerita Sosial 3: Keluarga Saya, terdapat tiga nilai yang boleh diambil sebagai teladan seperti berbakti kepada ibu bapa, menghargai usaha orang lain dan juga sentiasa belajar perkara yang baik.

Nilai berbakti kepada ibu bapa dalam cerita ini telah ditonjolkan oleh Alim yang sering menolong kedua ibu bapanya. Hal ini demikian kerana, Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Mainan yang berada di atas lantai itu sebenarnya disebabkan Aisyah yang selalu lupa untuk mengemasnya semula setelah bermain. Alim menunjukkan kepada kita bahawa berbakti kepada ibu bapa itu bukanlah satu perkara yang sukar dan ianya boleh dimulakan dengan mengutip permainan yang kecil sahaja.

Seterusnya, menghargai usaha orang lain. Nilai ini dipaparkan apabila ibu dan bapa Alim mengucapkan terima kasih kepada anak mereka kerana menolong untuk mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Mainan itu bertaburan kerana Aisyah selalu lupa untuk mengemasnya semula setelah bermain. Walaupun ianya satu tugas yang mudah untuk dilakukan, namun ibu dan bapa Alim tetap memberi penghargaan kepada Alim. Situasi ini jelas menunjukkan kepada kita agar sentiasa menghargai usaha orang lain seperti yang dilakukan oleh ibu dan bapa Alim walaupun Alim sekadar memberi pertolongan yang mudah sahaja.

Akhir sekali, sentiasa belajar perkara yang baik. Nilai ini telah ditunjukkan oleh Alim ketika dia mempelajari cara untuk menyapu sampah daripada Abang Imran dan Kak Madinah. Kak Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu, manakala Abang Imran menunjukkan cara untuk menyapu sampah. Keadaan ini menunjukkan kepada kita supaya terus mempelajari perkara yang baik kerana ianya menjadikan diri kita lebih berguna serta disukai oleh orang sekeliling.

Kesimpulannya, Cerita Sosial 3 ini memberikan kita banyak nilai yang baik. Nilai-nilai ini seharusnya menjadi teladan kepada kita semua kerana ia bukan sahaja memberi kegembiraan dan kepuasan dalam diri kita bahkan menjadi pendorong kepada orang lain untuk menerapkannya dalam kehidupan mereka sendiri.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...