Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Terima kasih semuanya...

Saya akan menceritakan secara ringkas tentang pengalaman saya dalam menghasilkan kalendar 2021 ini. Sejujurnya, inilah kali pertama saya membuat kalendar dan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Kalendar 2021 ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk saya hasilkan kerana harus melalui pebagai cabaran seperti masalah komputer riba, ketiadaan pengetahuan dan juga pengalaman yang luas tentang cara untuk menghasilkan kalendar tersebut. Seterusnya, penghasilan kalendar ini juga memerlukan ketelitian dan kesabaran yang sangat tinggi agar tidak ada sebarang kesilapan dalam hasil akhirnya. Walau bagaimanapun, pada akhirnya saya berjaya menyelesaikan tugasan ini. Oleh itu, saya ingin merakamkan ucapan syukur kepadaNya dan juga penghargaan kepada individu yang terlibat. Antaranya, Alhamdulillah segala puji bagi Allah, serta syukur saya panjatkan kerana telah menolong hambaNya yang lemah ini untuk terus berjuang bagi menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan. Saya yakin usaha seseorang hamba untuk mencari ilmu itu tidak akan pernah sia-sia. Seterusnya, terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza untuk sepanjang semester 4 ini kerana telah memberi banyak ilmu dan berkongsi pelbagai pengalaman suka duka, di samping menjadikan kami individu yang lebih berdisiplin serta menepati masa. Perkara yang paling penting dan tidak akan dapat dilupakan juga sudah tentulah konsep 'REDHA' yang diajarkan dalam melaksanakan pelbagai tugasan yang diberikan. Selain itu, saya turut bersyukur kerana dengan bantuan dan keprihatinan encik Akmal untuk memberikan kami pelbagai kelonggaran dan memahami segala kesulitan yang dihadapi, akhirnya tugasan kalendar ini berjaya disempurnakan.  Akhir sekali, tidak lupa juga kepada semua rakan sekelas yang sudi menghulurkan bantuan ketika diperlukan, khususnya kepada dua orang sahabat saya yang tidak perlu disebutkan namanya. Tanpa mereka, saya tidak akan berjaya menyiapkan tugasan ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam catatan yang akan datang. 

Kalau ada sumur diladang, 
  Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
  Boleh kita berjmpa lagi

Di sini saya lampirkan hasil tugasan kalendar 2021.






















No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...