Friday 12 June 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Cerita Sosial 5: Jiran

Nilai:

1. Rajin
2. Pemurah
3. Kasih-sayang

Gambar: Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 5

Antara nilai yang ditonjolkan dalam Cerita Sosial 5 ini adalah rajin. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim suka menyusun dan mengemas buku setiap hari. Alim juga akan membaca buku pada waktu petang dan malam. Seterusnya, pemurah. Alim digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang pemurah. Hal ini dikatakan demikian kerana dia selalu berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman seperti memberikan buku cerita. Selain itu, kasih sayang. Kasih sayang ini ditunjukkan oleh abang, kakak dan adik Alim yang menjadi sedih ketika melihat keadaan Alim yang sedang sakit. Mereka juga akan menemani Alim di bilik merupakan bukti kasih sayang sesama keluarga.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...