Friday 5 June 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

Cerita Sosial 4

Nilai:

1. Berkongsi
2. Berdikari
3. Menghormati

Gambar: Cerita sosial 4

Cerita sosial 4 ini menceritakan tentang kanak-kanak yang bernama Alim, cerita ini mengandungi 3 nilai iaitu berkongsi, berdikari dan menghormati. Nilai yang pertama ialah nilai berkongsi. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada hari lahirnya, Alim berkongsi kek cawannya dengan rakannya yang lain. Sehubungan dengan itu, Alim seorang yang suka berkongsi sesama rakannya. Nilai seterusnya ialah nilai berdikari. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim pandai mengemas katilnya sendiri sebelum dia pergi ke sekolah. Alim mengemas katilnya tanpa disuruh ibunya. Oleh itu, Alim seorang yang berdikari. Selain itu, nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini juga ialah menghormati. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim menundukkan sedikit badannya apabila dia berjalan di hadapan orang tua. Alim juga menghormati gurunya iaitu Cikgu Anis kerana sentiasa mendengar kata dan arahan daripada Cikgunya dan Cikgu Anis lah yang mengajarnya untuk hormat kepada orang tua.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...