Friday 1 May 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa



Dalam Cerita Sosial 2, terdapat tiga nilai yang boleh diambil sebagai teladan seperti suka berkongsi, berpesan perkara yang baik dan baik hati.

Nilai suka berkongsi dalam cerita ini telah ditonjolkan oleh Alim ketika dia bertanya kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tempatan kepada Sulaiman. Buah-buahan itu telah dibeli oleh bapa Alim di pasar tani kerana beliau tahu anak-anaknya cukup menggemari buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Alim menunjukkan kepada kita bahawa dalam rezeki yang kita miliki itu, terdapat juga rezeki milik orang lain.

Seterusnya, berpesan perkara yang baik. Nilai ini dipaparkan apabila Alim menyatakan pesanan daripada ibu dan bapanya agar sentiasa berkongsi barang atau makanan yang disukai kerana itu merupakan satu perbuatan yang baik. Situasi ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ibu dan bapa Alim sentiasa berpesan perkara yang baik kepada anak mereka agar perkara itu diingati dan seterusnya dapat diteladani oleh Alim.

Akhir sekali, baik hati. Baik hati ini telah ditunjukkan oleh ibu Alim ketika beliau menghulurkan plastik yang mengandungi buah rambutan dan manggis. Keadaan ini menunjukkan kepada kita sifat baik hati ibu Alim kerana memberi sehingga dua jenis buah-buahan tempatan dan juga dalam kuantiti yang banyak kerana diletakkan di dalam plastik.

Kesimpulannya, Cerita Sosial 2 ini memberikan kita banyak nilai yang baik. Nilai-nilai ini seharusnya menjadi teladan kepada kita semua kerana ia bukan sahaja memberi kegembiraan dan kepuasan dalam diri kita bahkan menjadi pendorong kepada orang lain untuk menerapkannya dalam kehidupan mereka sendiri.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Muhamad Sahlan bin Butai 196032   Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua. 18 Januari merupakan kelas terakhir bagi subjek BB...